27 Jan 2009

Movie Review - Maut



Filem Maut ini telah memungut RM 700,000 dalam masa 4 hari sahaja!
Ok, saya telah menonton filem ini.

Ini komen saya:

1. cerita ini biasa2 sahaja
2. cerita simple dan senang paham - dan juga senang diagak jalan ceritanya
3. mesej jelas dan ada unsur2 dakwah walaupun di awal cerita menyatakan tiada kena mengena dengan agama.


Pendapat saya:

1. Cerita ini memuatkan 3 kisah- SUNGGUH TIDAK RELEVAN
ia menggangu kosentrasi saya utk menghayati satu persatu cerita tersebut. dan tidak ada pertalian langsung melainkan kisahnya mengenai mati.
Ini bukan kaset lagu ataupun album "beli satu, 10 lagu"

2. Cameraman yg cacarmerba
Saya berasa pening2 dan loya selepas tgk filem ini dek kerana kameramen filem ini terlalu suka menggegarkan@ menggoyangkan skrin dan pencahayaan yg tidak bagus (wayang kan gelap, disko dlm filem tu pun gelap and then lampu2 disko tu liplap2..so annoying ok..try la adjust dulu pencahayaan...babak disko tu rasanya tak penting.. buat serabut ajer)

3. Puji-pujian
Sangat direct to the point. At least tak ade la mcm cerita hantu siam yg endingnya selalu teka-teki. Saya ada nampak kesungguhan pengarah utk merealisasikan msg keinsafan para penonton. Bagi saya ada satu babak mengerikan yg berjaya disuntik ke dalam filem ini iaitu semasa Farah (bkn nama sebenar, nama pelakon itu sila google ye) di siksa dalam neraka yg penuh azab, dgn ular gergasi, rambut terbakar, meminum air yg menggelegak, makan daging busuk.....ia mengerikan ok! dan saya rasa babak ini berjaya.


4. Plot cerita
Cerita ini mengisahkan 3 kisah (yang tidak ada kaitan antara satu sama lain) bagaimana 3 org menghadapi maut 3 bln dlm kelendar Islam.

kisah 1
Su (pelajar) didatangi Fadilah (roh) utk minta pertolongan. Su cuba mencari Fadilah dan menyelesaikan misteri kehilangan Fadilah dgn petunjuk yg ditemuinya.

kisah 2
Pramugari terlampau (Farah) yg berkahwin pula dengan Mat saleh yg bernama duke.
Dia tidak mengamalkan kehidupan Islam yg sebenarnya dan minum arak dan hidup bebas sehingga beliau koma. Semasa koma, Farah telah diazab dgn siksaan yg mengerikan seperti dlm neraka.

kisah 3
JJ seorang lelaki muda yang hilang pegangan agamanya dan sgt fanatik dengan black metal akhirnya mati tragis dlm kemalangan jalan raya.



Secara keseluruhannya, jika anda bertanya kepada saya apakah esen (vanila ke sirap ker) filem ini, saya akan menjawab,
"jika anda peminat setia majalah mastika, maka filem ini sesuai utk anda"

4 comments:

DreamCatcher said...

erm.. kisah 3 tu mcm berapa saat je ke? tak sabar nak tunggu tayangan dia kat tv raya nnt!

Koishie said...

aku juga salah seorang yang menyumbang kepada angka 700,000 itu. Paling aku tak suka cerita no. 1. Tetapi cerita n0.3 juga seperti sudah beberapa kali tengok dalamdrama tv.. ermm?

Invisible^third^eye said...

DreamCatcher: kisah 3 tu takder la bbp saat jer. overall, setiap cerita pendek2. So bygkan mcm mane setiap kisah die 'squeze' kan mcm sunquicks juice tu...

Koishie: aah la...Ia mmg cerita yg biasa2 sahaja. mcm dlm drama terutamanya yg ditayangkan masa raya aidilfitri utk kesan keinsafan. Cuma pengarah mengambil pendekatan memasukkan 3 cerita dlm 1 filem...relevan kah?

Invisible^third^eye said...

hoho