28 Mar 2017

NEW Owl bags for SALE

Hello semua!


Sapa2 yang mencari beg nak simpan telekung, beg botol susu anak atau baju anak-anak, beg untuk mengaji, beg versi holiday, moh kiter tengok offer baik ni:

Memperkenalkan~~~

Slingbeg OWL serbaguna!
READY STOCK 
Material: Kain double lining dan tebal, tali strap boleh laras
Saiz: 13 x 8.5 x 5.5 inci

Mai Mai Mai pilih pattern di bawah:


A) Single BLUE OWL

B) Lovey OWL


C) Single WHITE Owl

Harga: RM 35 sahaja

Note: Exclude postage
Quality bagπŸ‘πŸ‘πŸ‘

ORDER NOW: 

email to hazwanie84@gmail.com


stock availability akan di update regularly. Sila email untuk order ya!

3 Feb 2016

Wedding series : Cake fondant kamera hantaran review



Hello!

Nak kongsi cerita pasal kek hantaran SIL untuk majlis kahwin dia haritu.
Memang niat untuk bagi hadiah kahwin dekat my SIL. Pikir punya pikir last2 dapat idea untuk hadiahkan dia kek kahwin sebagai hantaran kepada pihak lelaki.
Untuk kek hantaran, my SIL minat cake camera. 
Aku yang semangat waja terus Google punya google tak jumpa yang berkenan.
Lagipun tak banyak choice  =p
Tiba2 teringat kat kazen yang minat buat kek2 dan bakeries ni.
Apa lagi, terus je call dia dan tanya. 

Start dari situ kenal dan berwassap dengan Kakak Huda nih sampai la sekarang dok follow instagram dia. Kak Huda ni baik sangat dan humble orangnya, senang cerita tak sombong la.
Kakak Huda ni pemilik restoran Fickles di Damansara.



Gambar ni aku amik untuk sample contoh:


Ni la gambar kek fondant kamera yang dah siap tu, TADaaaaa~


Review: Memang puas hati sangat2 sebab kek dia BESAR dan EXACTLY macam gambar. Cantik dan marvelous kan? kan?

Memang kerja tangan kak Huda ni halus dan kemas. 
Kek dia pun sedap (sempat rasa sikit time dieorang makan ;p)

Ni antara kek hasil kerja Kak Huda. Dia ada buat kek untuk Fauziah Gous untuk husben dia (gagaga..cantik nyaa kek kereta Porsche putih nihhhh)
Gambar ihsan dari blog Chooyaya

Kalau korang berminat nak tempah boleh ke Instagram kak huda ni:

                                                      Instagram ID: nurhudasamsudin

-Tetiba macam nak makan kek. Ok, bye. Nak cari kek ;p -

Deco Idea series : Wall Frame



Hello!

Hari ni nak carik idea untuk wall frame deco pulak

Sebenarnya dah lama dah pending untuk projek wall deco ni tapi asyik bertangguh jer 
Maklum la sekarang nih beli apa2 yang patut jer
Yang tak penting semua KIV
hehe..

Tapi berangan tu free kan? Bukan kena bayar pun. =p

Untuk wall frame ni perlukan kreativiti dan perancangan sebelum deco.
Sebab nya harga frame toksah nak cakap la. Memang mahai2 walaupun saiz kecik.
Frame yang kat ikea cantik2 jugak. harga pulak bergantung kepada saiz dan pattern.

Berangan nak buat pattern macam kat bawah ni:

Ruang pameran di Fella design
Ihsan Google



Yang ni design simple jer. tak banyak frame:

Gambar dari rumah contoh 

Macam2 pattern arrangement untuk wall deco ni.
Ikut kesesuaian frame dan susunan.

Untuk ruang yang kecil, susunan kat bawah ni sesuai sebab boleh nampakkan ruang tu besar.
Susunan untuk ruang yang kecil agak rapat2 untuk ilusi ruang luas :




Em...bila agaknya boleh start projek nih yer...

huhu... berangan dulu lah.

=D